Friday, February 1, 2013

FIRST DAY AT SCHOOL

serasikan Diri
Pejam celik2...sedar2 anak da masuk ke alam persekolahan...bersyukur sangat2 coz Khaleef   irfan ni seorang yg cerewet dan manja sekali...sangkaan mula2 bila masuk alam persekolahan dia pasti nangis..hehehe rupanya 1st day hntr dia ke sekolah mcm blur ckit al maklum 1st time..tp tdk ngis dan dia follow teacher terus hehe sukenyerrr diaaa...lpas blik sekolah he said...mama siuknyaaaaa sekolah kan...syukur beribu2 syukur ya Allah...

Wednesday, January 16, 2013

SpOnTanEoS AbOrTiOn

As Salam...

(Spontaneos Abortion)....... mesti ramai yg tau apa ni kan..ermm sedih juga bila ingat..tp inila yg berlaku pdku lagiii...klu ikut kiraan anakku suda 4 orang..terkejut n mcm tk pcaya bila cek n jmpa dktr...tp sayangnya...ianya belum menjadi rezeki ku jga...tapi aku redha dan percaya itu semua ketentuan Allah S.W T dan pasti ada hikmah sebaliknya...."Anak kita tdk mati disisi kita... tapi menanti di syurga nanti..." ini saja ayat yg mengubat kesedihanku.....

Wednesday, November 7, 2012

KuRsUS BiNa InSaN ~ KuChInG SaRaWak

Assalammualaikum.......................

Ingin dikongsi bersama perihal kursus Bina Insan amatlah Best sekali....bukan best sebab enjoy tp dpt byk ilmu Dunia dan akhirat....menginsafkan...memberi peringatan dan memperbaiki apa yg kita lupa dan x sedar selama ini...hehe..apa pun bersyukur kerana last minute jga dapat p...so kepada kengkawan klu ada course ni lagi jngan lepaskan peluang....:)





Thursday, October 11, 2012

BeRkAt MeMbAcA BiSmiLLah....

Untuk dikongsi Di hari Jumaat

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

                        Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

                            Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

                            Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Sunday, October 7, 2012

TeStInG...: )

Salam....

Erm..lma tidak update..bukan pa Blog terlebi advance utk dihias hahaha...last2 hilang tmpt utk di create..lawak2..ni la kan bdak bru bljar...but apa pon...semoga hari2 yg kita lalui akan lebih bermakna dan bermanafaat...Okiess : )

Monday, June 11, 2012

Holiday wit Family

Hai...Hai...Hai...
lama tak masuk blog n teda la entri apa2 hehe...sempena cuti sekolah ni walaupn blom ada anak yg bsekolah kmi sekeluarga ambi ksempatan jga la rest2 kan diri ke Damai Eco Ranch..best jga tmpt tu coz suasana kampong tpi dsana kalo sape2 mo buat aktiviti lasak pon ada jga..sape yg minat memancing pon bole memancing coz dah dsediakan tempat memancing cuma tak bestnyerr bila kita dapat ikan kena timbang n kita pla bayar ikan tu..tp best jga coz makan truss...manis isinya..kitorang dapat 2 ekor ikan n bakar sana juga kebetulan kitorang BBQ ayam n kambing yum2  so layanzz la.....anak2 apa lagi gumbira la coz ari2 bkurung jer dlm rumah kali ni main la sepuas2nya..berendam dkolam smpai pucat hehe..kesiann...second day..kita sambung lagi stay kali ni cari tempat yg sejuk pula coz dekat Damai Eco Ranch tu tak sejuk masi guna aircond so kitorang p Kundasang pla..nasibla ada kosong al maklum cuti sekolah lagi..semua hotel fully book..tapi kebetulan p Nabalu ada 1 chalet kosong so stay la dsana..waahh..ni kali "begagar" pla sejuuuuk baah..tp best la...nanti saya upload gambar la yekk...kami berkesempatan juga pegi ladang Lembu msa sampai tu ramai sgt org..lembu pon masa tu tengah berbaris utk diperah susu..pandai bila tgok lembu tu ikut peraturan..hehe suda diajar kann..kami sempat juga minum fresh milk..ermmm sedap juga tp bila tguk tu lembu depan2 mcm geli pla hahaha...so nnti kita sambung lgi yeahh

Tuesday, May 1, 2012

My Lovely Son......

Khaleef Irfan Ketika berumur 1  Hari....
Khaleef irsyad ketika Berumur 1 Hariii....
Bila tengok gambar baby mama ni hepi n sedih  rasanya pla da....masa begitu pantas sekali..sekarang suda besar2..syukur Alhamdulillah...